12 January 2009

Puisi memujuk.. huhuhu.. (td majuk..)

Posted by Liz at 5:12 PM 2 comments
-Sesenja ayat2 cinta-

petang itu hujan turun renyai....
sejuk.. dingin... meresap sampai ke tulang...
aku duduk di serambi.... menung pada senja...
menung pada burung yang bergegas pulang ke sarang

inilah dunia..
inilah syurga...
hati mula bertanya...
jiwa mula bersuara
rasa mula tak tentu hala....
kenapa?
kenapa mesti dia?
adakah dia untuk aku...
atau aku untuk dia...

tiba tiba
rasa mula mencelah
kau nak tau kenapa?
itulah tanda
tanda bahawa kau milik dia
dan dia milik kau
jgn kau lupa
kau bukan lagi berdua...
tapi bertiga...
dan mungkin berempat...
atau berlima...
aku termangu dan terus diam....
lagi diam

dan akhirnya lampu padam....
rupanya senja da pon malam...
dan waktu terus berlalu...
tidak singgah mahupun berlabuh...
kasih mula mencuit....
kau lupa pada aku?
aku lah kasih yang kau serah dulu
yang kau puja dulu...
masakan aku lupa...
tanpa kau...
tiada sayang
tiada cinta...
aku menung lagi...
merenung lagi...

rupanya
dialah kasih itu
dialah sayang itu
dan dialah cinta itu....
akhirnya aku duduk kembali...
bersandar di dinding kayu samar berduri....
memendam kasih yang tak mungkin mati..
pada dia
juga pada dia..
dan tidak lain dari dia
kerna..
dialah..
dia yang aku cari
hingga aku dibuai mimpi
seribu tahun lagi....


Nukilan : Munawar Harun
 

A Journey of Life Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting