04 March 2009

To forgive and forget..

Posted by Liz at 3:10 PM 0 comments
Seorang sahabat berkata, "it might be the hardest thing to do..", bila aku kata bersedia untuk memaaf dan melupakan semua episod duka yang telah berlaku.. Betul! Tak mudah untuk melakukannya apatah lagi bila kepercayaan yang dibina bertahun-tahun lamanya runtuh musnah oleh satu pengkhianatan. Terima kasih kepada sahabat yang memberikan semangat.

Lemas dgn segala trauma yang bersarang dlm fikiran dan letih dengan segala kepedihan.. aku mahu bangkit dr segala kesengsaraan ini. Aku mahu memulakan satu episod baru dlm hidup. Satu permulaan baru.. di tempat yang baru.. bersama harapan yang baru.. dan membina kepercayaan yang baru..

Betullah kata org.. hati akan lebih gembira dan tenang bila kita sudi memaafkan.. Tak semua org bertuah untuk dpt peluang sekali lagi.. Jadi, aku harap semoga peluang yang diberikan tak akan disia-siakan sekali lagi.. Semoga semua org dpt pengajaran dan iktibar dari perbuatan mereka selama ini. Ingatlah.. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Maka, sematkanlah itu di dalam hati supaya kite sentiasa ingat siapa kita walau dimana dan apepun tindakan kita.

Terima kasih kepada sahabat2 yang memberikan kata-kata semangat dan mengambil berat di saat-saat aku hilang arah. Kata-kata semangat dan nasihat itu sedikit sebanyak memberi kekuatan pd aku untuk terus bertahan. Semoga doa kita semua untuk mendapatkan hanya yang baik-baik saja akan dimakbulkan Allah. Terima kasih ya Allah.. kerana petunjuk yang Engkau berikan kepadaku.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyayang.
 

A Journey of Life Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting