14 August 2008

Lawak of the day...

Posted by Liz at 3:09 PM
Lawak yang member aku, Mas fwd kat aku baru jap td.. lawak yang simple tp mampu buat aku tergelak sorg2 di waktu aku tgh agak tensen nih.. huhuhu.. jom layan!


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang
yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia
tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata: "Saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

3 comments:

Len Bkn Nama Sebenar on August 14, 2008 at 3:39 PM said...

mmg pemalas tul..
dah aa aku nk komen pn malas..
huhu

Liz on August 14, 2008 at 4:11 PM said...

aku nk jawab pun malas.. huhuhu..

OranGila on August 15, 2008 at 12:34 PM said...

huh... nak baca pon dah malas

 

A Journey of Life Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting