Hari ni Dhani demam lagi.. sedikit kesal dgn diri sendiri sbb aku tak perasan yg dia demam.. terasa mcm tak layak jadi ibu bila anak sakit boleh tak perasan.. Dhani, mummy mintak maaf..
2 hari lepas, terpikir nk cek suhu badan dia tp ntah la kenapa terlupa.. ketika tu, aku pening sbb dia asik merengek sepjg hari.. tp kenapa lah aku masih tak perasan dia tak sehat.. lalainya aku.. kesal.
Bila tido mlm, asik terjaga-jaga.. setiap jam asik terjaga dan merengek.. daddy dia yg pujuk tidokan dia semula.. tp masih tak perasan dia tak sihat..
Dia batuk2 sampai muntah.. aku igtkan sbb lantai berhabuk dan cuaca panas.. jadi aku bersihkan satu umah dengan harapan dia tak batuk2 lagi.. tp makin hari makin teruk batuknya.. itulah tanda2 awal dia demam.. tp aku tak perasan... Apalah yang aku fikirkan sampai tak perasan lgsg..
Akhirnya, semlm aku tergerak nk cek suhu dia sbb terasa sgt badan dia panas membahang.. muntah semasa batuk toksah ckp lah.. mata dhani memerah dan berhingus.. kepalanya MasyaAllah panas giler.. suhu menunjukkan 36.7 C.. kira demam la tuh.. Cecepat bg mkn ubat..
Setakat ni masih tak menunjukkan perubahan positif yg ketara.. pas makan ubat nampaklah dia aktif sket.. bila dh 2,3 jam tu dia start layu semula.. kesian anak mummy... Maaf ya Dhani sayang.. lain kali mummy akan lebih alert ttg kamu...
Sesungguhnya aku kesal..
11 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment